9. Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.-(Al Hijr ayat 9)
41. Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa Yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, Demi Sesungguhnya sebuah Kitab suci Yang tidak dapat ditandingi,
42. Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.(Fushshillat ayat 41-42)
Tidak ada nas yang menyatakan jaminan kitab-kitab dahulu dijaga sepanjang masa sebagaimana jaminan penjagaan yang d iberikan kepada Al-Quran.Bahkan Al-Quran Membongkar kenyataan bahawa akan ada perubahan dan penukaran yang berlaku di dalam kitab-kitab terdahulu.Bertepatan dengan kenyataan ini, walaupun sudah banyak tulisan kononnya benar kitab-kitab yang telah diubah iti ,status 'pengubahan dan penukaran' yang di lakukan masih belum ternafi lagi, Malah , semakin Ramai pihak yang mendalami kitab- kitab tersebut yang membenarkan kenyataan Al-Quran. tidak ada mana-mana pihak dalam islam yang berkepentingan apa-apa tentang hakikat ini.Hanya Al-Quran mahu menbersihkan kedudukan kitab-kitab terdahulu yang ternyata suci, namun telah tercemar oleh tangan-tangan manusia yang durjana.
Sejarah juga membenarkan kenyataan Al-Quran diatas.Penulisan dan penjagaan kitab-kitab sebelum Al-Quran tidak Di lakukan dengan Wajar. ini amat berlainan denganAl-Quran Yang RASULULLAH SAW sendiri melantik painitia penulis wahyu, disamping generasi orang yang beriman komited untuk menghafalnya. Bahkan Hampir seluruh negara yang ditakbir oleh orang islam mempunyai jawatankuasa khas untuk memastikan kesahihan Al-Quran ini.
75. (Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan Bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam Yang kamu sampaikan itu, padahal Sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka Yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?(Surah Al Baqarah Ayat 75)
15. Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (Surah Al- Maidah Ayat 14-15)
Pengubahan dan penukaran dalam mana-mana kitab Allah adalah besar dosa dan akibatnya kepada manusia.Di samping ia adalah pendustaan atas nama Allah,ia akan menyesatkan manusia daripada jalan yang benar. Keterangan tentang hakikat Tuhan,Kerasulan,Alam Ghaib, Bentuk Ibadat dan Sebagainya, perlu di sandarkan pada kenyataan wahyu yang ada dalam kitab-kitab Allah itu.Usahkan bentuk Ayat dan isi kandungan yang di tukar ganti,sekadar makna dan maksud kitab-kitab tersebut di salah tafsirkan pun sudah cukup untuk menjauhkan manusia daripada petunjuk yag sebenarnya.
Maklumat Utama Yang diperbetulkan oleh Al-Quran ialah tentang hakikat kewujudan Allah dan Ke-Esaan-Nya.
30. dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka Dengan mulut mereka sendiri, (Iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
31. mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan.(Surah At-Taubah Ayat 30-31)
Al-QuranBukan sekadar membongkar segala bentuk penyelewengan yang ada bahkan memperbetulkannya.Kalau kitab-kitab terdahulu diperbetulkan penyelewengannya, maka sudah tentu fahaman dan pegangan manusia yang menyimpang juga mendapat pembetulan Al-Quran.
INILAH KEUNIKAN AL-QURAN DAN BUKTI KEUNGGULANNYA SEBAGAI KITAB WAHYU YANG TERAKHIRUNTUK MANUSIA.
AMIN
No comments:
Post a Comment