LOGO

LOGO

Monday, May 9, 2011

MTQ Peringkat Negeri Sarawak

Assalamualaikum....WBT
Lawas.. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak 1432H/2011M akan berlangsung di daerah Lawas bermula 9- 12 Mei 2011 bertempat di Dataran Bandar Lawas dan Dewan Seri Sari. Hotel Sei Malaysia, Lawas.
Seramai 12 Orang Qari Dan 12 Qariah akan mengambil bahagian yang terdiri daripada Bahagian Kuching, Samarahan, Miri, Sri Aman, Bintulu, Betong, Limbang, Sibu dan Mukah.
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Perancangan dan Pergurusan Sumber Kedua dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak, Datuk Amar Hj. Awang Tengah Ali Hasan dan Majlis Penangguhan pada 12 Mei 2011 pula akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dan Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Salahuddin.
Johan: RM7,000.00, Piala Pusingan, Piala Iringan,Hadiah Serta sijil dan menunaikan Umrah bagi kedua2 pemenang Qari Dan Qariah.
Naib Johan:RM 5,000.00,Piala Iringan, Hadiah Serta Sijil
Ketiga:RM 3,000.00 , Piala Iringan, Hadiah Serta Sijil
Saguhati: RM 1,500.00 Hadiah Iringan Serta Sijil..
Senarai Peserta Dari Bahagian Kuching
Nordin Bin Putit, Mohd Safwan Bin Mahli, Hj Hasyim Bin Bolhi, Sabu Bin Seli, Mad Ali Bin Hj. Abd Rahman dan Morshidi Bin Saleh.
Peserta Bahagian Samarahan:
Dahri Bin Bigek, Hj. Awang Azid bin Hj.Awang Yusuf,Jubni Bin Sulong
Peserta Bahagian Miri,
Hanim bin Mohd Shahib
Bahagian Sri Aman.
Mas Azizul Bin Hj Suhaili
Bahagian Bintulu
Hj. Awang Ibrahim Bin Awang Sabudin(Johan Menunggu)

Qariah Pula Terdiri Daripada:
Kuching:
Fara Liza Binti Mohd Musa,Marilala Binti Mamang, Norhasimah Binti Marzuki,Norafiqah Binti Mohd Musa
Bahagian Limbang
Sabbariah Binti Adenan,Norhani Binti Ibrahim
Bahagian Betong.
Hjh. Fatimah Binti Hj. Adenan
Bahagian Samarahan
Hjh Ramlah Binti Hj. Pelancoi
BAHAGIAN SIBU
PUAN MASJUWITA BINTI MOHD REJENI
Bahagian Mukah
Hjh Salina Binti Hj Ali
Roziah Binti Hj Ayub(Johan Menunggu)

Jika Ada kesempatan silalah datang ke bahagian limbang untuk menyaksikan persembahan para peserta mengalunkan Lagu2 Al-Quran serta dapat menyaksikan siapakah yang akan mewakili Sarawak Untuk MTQ Peringkat Kebangsaan Nanti......moga berkat usaha untuk memantapkan bacaan Al-Quran dapat kita sama2 tunaikan..... Amin

Thursday, May 5, 2011

Ahli-ahli serta peserta Kursus Tahsin bersama YB Abu Seman Jahwie , Penceramah Ustaz Yahaya Daud Serta Pengerusi Persatuan Qurra' Bahagian Sibu Tuan Guru Nasir Musel.

Wednesday, May 4, 2011

Kursus Tahsin Qiraat Al-Quran

ASSALAMUALAIKUM......

Salam sejahtera keatas saudara2 ku sekalian...moga di waktu ini saudara mendapat rahmat dan rezeki yang berlipat kali ganda dari ALLAH SWT.......
Untuk Pengetahuan Saudara sekalian... Majlis Atau Kursus Tahsin Tersebut telah selamat diadakan pada 30/4/11 sehingga 1/5/11..... penceramah dari kelantan iaitu Ustaz Yahaya Bin Daud(Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 1999) telah dijemput untuk berkongsi Ilmu Tarannum pada para peserta.....dalam kursus tersebut banyak perkara yang melibatkan peraturan serta petua2 untuk meningkatkan bacaan al-quran pada pencinta seni khususnya seni tarannum al-quran. telah di beri pada para peserta kursus..... penulis terasa rugi sebab tidak dapat menghadiri kursus tersebut sepenuh masa....apa2 pun sekalung tahniah kita ucapkan untuk Ustaz Yahaya dan penganjur kursus tersebut...Iaitu Persatuan Qurra Bahagian Sibu...

Pada sesiapa yang tidak berkesempatan menghadiri kursus tersebut.. penulis telah menyediakan Satu Rakaman Video untuk Tuan/puan2.. hayati serta pelajari.... dari segi
1/ suara
2/tarannum
2 serta petua2 untuk meningkatkan mutu suara tuan2 dan puan2.

semoga dengan adanya video ini dapat meningkatkan ilmu tuan2 dan puan2... seterusnaya mengimarahkan lagi serta menjadikan Al-Quran Sebagai teman sejati anda..... insyallah.

untuk itu saya sebagai wakil PQBS..ingin mengucapkan sekalung tahniah pada peserta kursus dan berharap semoga ada wakil yang dapat mewakili sibu untuk tilawah al-quran pada tahun mendatang
insyallah..