LOGO

LOGO

Friday, January 28, 2011

Keputusan Tilawah Peringkat Zon 1(Sentosa,Salem) 2011


Assalamualaikum WBT...

MTQ Peringkat zon 1 telah melabuhkan tirainya semalam pada 27-01-2011 yang telah di rasmikan penangguhannya oleh YAB Abu Seman Jahwie Adun N38 Jemoreng.. saepertimana MTQ sebelumnya yang telah diadakan setiap tahun... Tahun ini Format MTQ telah di ubah ... Untuk mempertingkatkan mutu bacaan dan Tarannum di kalangan peserta Qari Dan Qariah...
Setiap peserta WAJIB mebawa lagu JIHARKAH ATAU SIKAH....yang telah ditetapkan oleh para hakim/juri tilawah....
Maka setelah selesai Bacaan oleh 24 orang Qari dan Qariah selama 2 malam berturut2 keputusan adalah seperti berikut:

Bahagian Qari:

1. En.Othman Bin Mahnan
2. En.Hamir Hamjah Bin HJ Kadri
3. En.Hatta Bin Kiprawi

Bahagian Qariah:

1. Cik Nadzirah Bt. Hasbullah
2. Puan Khamsiah Bt Yakub
3. Puan Hjh Saamah

Seramai 6 peserta yang layak dari zon 1 & 2 bahagian Qari akan ke peringlat bahagian , sementara 5 peserta Qariah , yang akan diadakan di Kanowit pada 3-4/02/2011

Dan seterusnaya MTQ peringkat Zon 2 akan diadakan pada malam 29-30/01/2011.
Diharap para penonton dapat menghadirkan diri pada dua malam tersebut. yang bertempat di Surau Darul Firdaus Apollo.....Sibu

Wassalam



Tuesday, January 25, 2011

SEANDAINYA AL-QURAN BOLEH BERBICARA,IA AKAN BERKATA:

WAKTU KAU KECIL(MASIH ANAK-ANAK) KAU BAGAI TEMAN SEJATIKU,
DENGAN WUDHUK KAU SENTUH AKU,
DALAM KEADAAN SUCI KAU PEGANG AKU,
KAU BACA DENGAN PENUH SEMANGAT ,KHUSYUK DAN DENGAN MERDU

SEKARANG KAU TELAH DEWASA,
KAU SUDAH LUPA MENYENTUH,
MALAH LUPA TERUS UNTUK UNTUK MENGALUNKAN BAIT2 INDAH DALAM TUBUHKU,
APAKAH AKU SUDAH USANG?
YANG ADA CUMA TINGGAL SEJARAH.
SEKARANG KAU SIMPAN AKU DENGAN TERSUSUN DI TEMPAT TERINDAH DLM RUMAHMU,
KAU BIARKAN AKU MENYENDIRI,
AKU JADI KUSAM DALAM ALMARI,
BERLAPIS DEBU, DIMAKAN KUTU,

KU MOHON PADAMU ,SENTUHLAH AKU,PEGANGLAH AKU,
BACALAH AKU DENGAN SUARA INDAH KURINAAN ALLAH,
BACALAH AKU SELEPAS SEMBAHYANGMU,
KERANA AKU AKAN MENJADI PENERANG DI ALAM KUBURMU......

AMIN

Keputusan Tilawah Peringkat Zon Kanowit 2011

Assalamualaikum WBT....
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Kanowit Telah Diadakan Pada 24-01-2011;
Majlis tersebut telah berjaya di adakan dgn jayanya dan seramai 9 peserta telah mengambil bahagian,
Bahagian Qari seramai 4 peserta dan Bahagian Qariah seramai 5 orang peserta:
2 orang peserta Qariah telah menarik diri kerana sebab yang tidak dapat dielakkan,
maka keputusan MTQ adalah seperti berikut:

Bahagian Qari:
1. Zulfikar Amirullah
2. Mohammad Zaidil
3. Helmi Suhaimi

Bahagian Qariah:
1.Khatijah Sami
2. Hamsiah Abot
3.Azlina Ahmad
selepas ini pada 3-4/2/2011 akan diadakan MTQ Peringkat Bahagian Di Daerah Kanowit.

Sekian
Wassalam
Sumber dari JAIS ,Sibu

Sunday, January 23, 2011

Lagu Jiharkah

Seni Hiasan Kitab Al-Quran

Seni Hiasan Kitab Al-Quran

AL-QURAN adalah kitab suci umat Islam yang merupakan sebuah buku yang mengandungi himpunan wahyu Allah SWT kepada Nabi SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s. Wahyu diturunkan selama 10 tahun di Mekah dan 13 tahun di Madinah. Ayat al-Quran pertama yang disampaikan oleh malaikat Jibrail a.s kepada Nabi Muhammad SAW adalah ayat pertama - ayat lima daripada surah al-Alaq yang bermaksud: Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Al-Quran dibukukan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Usaha mengeluarkan satu versi penulisan dan susunan yang seragam untuk semua umat Islam. Ia dilakukan pada zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga, Khalifah Uthman r.a berdasarkan kepada jilid al-Quran yang dibukukan sebelum itu ketika zaman Saidina Abu Bakar r.a iaitu khalifah yang pertama selepas kewafatan Rasulullah SAW. Penulisan al-Quran kemudiannya berkembang dengan pesat dan memperkenalkan satu lagi seni iaitu seni hiasan al-Quran.

Seni hiasan al-Quran merangkumi tulisan, tanda baca, tanda ayat, hiasan muka surat, warna dakwat, penjilidan dan kulit al-Quran. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri dan keunikan dalam menzahirkan keimanan umat Islam di pelbagai tempat di seluruh dunia. Seni yang berkaitan dengan al-Quran adalah paling indah dan terpilih kerana ia digunakan untuk kitab yang mengandungi wahyu Allah SWT yang dijadikan panduan dalam kehidupan seharian umat Islam. Setiap satu bahan, warna atau motif yang dipilih perlulah yang terbaik kerana ia adalah al-Quran.

Tulisan bagi teks al-Quran bermula dengan tulisan kufik [الخط الكوفي] yang kemudiannya diperhalusi dan diperindahkan dari satu zaman ke satu zaman. Tulisan yang menjadi pilihan ramai bagi penulisan al-Quran adalah tulisan nasakh. Ini kerana hurufnya jelas dan mudah dikenali dan dibaca terutamanya bagi umat Islam yang bukan keturunan Arab. Di samping tulisan nasakh [الخط النسخ], tulisan yang menjadi pilihan penulisan teks al-Quran adalah kufik mahgribi, bihari dan sinni. Tulisan-tulisan ini lebih bersifat kewilayahan kerana kufik maghribi [الخط الكوفي المغربي] sering digunakan pada al-Quran dari Afrika utara, bihari [الخط البحاري] bagi al-Quran dari India dan sinni [الخط الصيني] untuk al-Quran dari China.

Selain huruf, inisiatif Saidina Uthman r.a adalah terhadap titik huruf dan tanda bacaan telah mengelakkan perbezaan dalam bacaan dan pemahaman umat Islam tentang isi kandungan al-Quran. Kepekaan Saidina Uthman r.a dan para sahabat lain ketika itu kepada keperluan umat Islam yang bukan Arab adalah amat penting dalam memastikan keseragaman sebutan dan makna daripada dahulu, kini dan selamanya. Walau bagaimanapun bentuk tulisan yang digunakan, teks al-Quran tetap terpelihara seperti firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Qur'an dan sesungguhnya kamilah yang benar-benar memeliharanya. (al-Hijr: 9)

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (٩)

Al-Quran yang dihasilkan dengan penulisan tangan pada abad ke 8 hingga abad ke 19 Masihi tidak mempunyai nombor ayat selepas setiap ayat seperti dalam al-Quran bercetak pada hari ini. Penanda ayat al-Quran juga mendapat perhatian pelukis hiasan. Hiasan yang paling minimum bagi penanda ayat adalah bulatan ringkas yang menggunakan pen berwarna merah atau hitam. Penanda ayat yang kreatif mempunyai hiasan berbentuk kelopak bunga, bintang atau pusaran.

Oleh kerana tiada nombor ayat, hiasan birai di tepi teks al-Quran selalunya merupakan penanda bagi mengingatkan pembaca mengenai nombor juz dan bilangan ayat seperti rubuk [ربع] (satu per empat), nisf [نصف] (setengah) atau thuluth [ثلث] (tiga per empat). Ini membantu pembaca mengetahui jumlah ayat yang dibaca kerana teks tidak mempunyai nombor ayat.

Hiasan birai ini memperindahkan lagi halaman al-Quran selain daripada halaman pembukaan, tengah dan penutup. Sebagai contoh, al-Quran dari zaman Uthmaniyyah [عثمانية], Safavid [صفاوية] dan Qajar [قجارية] banyak menggunakan motif hiasan berasaskan bunga.

Al-Quran dari Cina banyak menggunakan motif hiasan berasaskan awan dan al-Quran dari dunia Melayu menggunakan motif berasaskan kerawang.

Seni hiasan al-Quran yang seterusnya adalah hiasan muka surat seperti muka surat pembukaan, tengah dan penutup serta hiasan birai di bahagian tepi teks al-Quran. Hiasan muka surat pembukaan sering mempunyai dua halaman muka surat yang mengandungi surah al-Fatihah dan beberapa ayat terawal surah al-Baqarah. Bagaimanapun, bagi al-Quran dari Filipina, muka surat pembukaan hanya mengandungi surah al-Fatihah yang ditulis di atas dua halaman.

Motif yang menjadi pilihan bagi bahagian ini ialah motif bunga-bungaan seperti al-Quran dari Turki, motif geometri seperti al-Quran dari Afrika Utara dan motif kerawang atau seni bina seperti al-Quran dari dunia Melayu. Motif-motif yang dipilih ini menyumbang kepada kepelbagaian motif hiasan al-Quran dan secara tidak langsung memperkenalkan identiti masyarakat Islam setempat. Tidak semua la-Quran mempunyai hiasan tengah. Hiasan tengah ialah hiasan yang dilukis pada surah ke 15 dalam al-Quran yang dihasilkan di beberapa wilayah Islam seperti Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, Asia Tengah dan India.

Sebagai contoh, hiasan tengah al-Quran dunia Melayu boleh ditemui pada dua halaman terawal surah al-Israk atau pada dua halaman terawal surah al-Kahfi. Hiasan penutup selalunya terdapat pada dua halaman terakhir yang mempunyai surah an-Nas sehingga surah al-Kafiruun atau hanya dua surah iaitu surah an-Nas dan al-Falaq. Warna merupakan bahan yang paling penting dalam sesuatu hiasan. Sumber pewarna yang digunakan bagi hiasan al-Quran terdiri daripada tumbuhan seperti warna daripada daun, bunga atau buah, mineral seperti emas atau perak, dan batu separuh berharga seperti batu lapis lazuli.

Sumber: Utusan Malaysia. Jumaat. 14/1/2011.

Waqaf Jibril

Waqaf Jibril Atau Waqaf Nabi

Ada 17 tempat. Sepuluh yang pertama disebut Syeikh Mahmud Khalil al-Husari r.h (الشيخ محمود خليل الحصري) dalam kitabnya (معالم الاهتداء إلى معرفة الوقوف والابتداء). Tempat wakaf ini juga disebut dalam kitab (منار الهدى في بيان الوقف والابتداء) oleh Imam al-Asymuni (أحمد بن عبد الكريم الأشموني) yang diambil dari Imam Sakhawi (السخاوي).


1. Surah al-Baqarah [سورة البقرة] ayat 148 pada lafaz [فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ]:


وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ / أَيْنَمَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (١٤٨)


2. Surah Ali Imran [سورة آل عمران] ayat 95 pada lafaz [قُلْ صَدَقَ اللّهُ]:


قُلْ صَدَقَ اللَّهُ / فَاتَّبِعُوا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (٩٥)


3. Surah al-Maidah [سورة المائدة] ayat 48 pada lafaz [فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ]:


وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ / إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ (٤٨)


4. Surah al-Maidah [سورة المائدة] ayat 116 pada lafaz [مَا يَكُونُ لِي أَنْ أَقُولَ مَا لَيْسَ لِي بِحَقٍّ]:


وَإِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ أَأَنْتَ قُلْتَ لِلنَّاسِ اتَّخِذُونِي وَأُمِّيَ إِلَهَيْنِ مِنْ دُونِ اللَّهِ قَالَ سُبْحَانَكَ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أَقُولَ مَا لَيْسَ لِي بِحَقٍّ / إِنْ كُنْتُ قُلْتُهُ فَقَدْ عَلِمْتَهُ تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي وَلا أَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِكَ إِنَّكَ أَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ (١١٦)


5. Surah Yusuf [سورة يوسف] ayat 108 pada lafaz [قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ]:


قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ / عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (١٠٨)


6. Surah al-Ra’d [سورة الرعد] ayat 17 pada lafaz [كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللّهُ الأَمْثَالَ]:


أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ بِقَدَرِهَا فَاحْتَمَلَ السَّيْلُ زَبَدًا رَابِيًا وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيْهِ فِي النَّارِ ابْتِغَاءَ حِلْيَةٍ أَوْ مَتَاعٍ زَبَدٌ مِثْلُهُ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الأرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ / (١٧) لِلَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمُ الْحُسْنَى وَالَّذِينَ لَمْ يَسْتَجِيبُوا لَهُ لَوْ أَنَّ لَهُمْ مَا فِي الأرْضِ جَمِيعًا وَمِثْلَهُ مَعَهُ لافْتَدَوْا بِهِ أُولَئِكَ لَهُمْ سُوءُ الْحِسَابِ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ (١٨)


7. Surah al-Nahl [سورة النحل] ayat 5 pada lafaz [وَالأَنْعَامَ خَلَقَهَا]:


وَالأنْعَامَ خَلَقَهَا / لَكُمْ فِيهَا دِفْءٌ وَمَنَافِعُ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ (٥)


8. Surah al-Sajdah [سورة السجدة] ayat 18 pada lafaz [أَفَمَن كَانَ مُؤْمِناً كَمَن كَانَ فَاسِقاً]:


أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا / لا يَسْتَوُونَ (١٨)


9. Surah al-Nazi’at [سورة النازعات] ayat 23 pada lafaz [فَحَشَرَ]:


فَحَشَرَ / فَنَادَى (٢٣)


10. Surah al-Qadr [سورة القدر] ayat 3 pada lafaz [لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ]:


لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ / (٣) تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (٤)


Kemudian ditambah lagi tujuh tempat berdasarkan kitab tajwid lain seperti Syeikh al-Marsafi (عبد الفتاح السيد عجمي المرصفي) dalam kitabnya (هداية القاري إلى تجويد كلام الباري).


1. Surah Yunus [سورة يونس] ayat 2 pada lafaz [أَنْ أَنذِر]:


أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا أَنْ أَوْحَيْنَا إِلَى رَجُلٍ مِنْهُمْ أَنْ أَنْذِرِ / النَّاسَ وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا أَنَّ لَهُمْ قَدَمَ صِدْقٍ عِنْدَ رَبِّهِمْ قَالَ الْكَافِرُونَ إِنَّ هَذَا لَسَاحِرٌ مُبِينٌ (٢)


2. Surah Yunus [سورة يونس] ayat 65 pada lafaz [وَلاَ يَحْزُنكَ قَوْلُهُمْ]:


وَلا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ / إِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (٦٥)


3. Surah al-Nahl [سورة النحل] ayat 103 pada lafaz [إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ بَشَرٌ]:


وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ بَشَرٌ / لِسَانُ الَّذِي يُلْحِدُونَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ وَهَذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُبِينٌ (١٠٣)


4. Surah Luqman [سورة لقمان] ayat 13 pada lafaz [لاَ تُشْرِكْ بِاللَّهِ]:


وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ / إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ (١٣)


5. Surah Ghafir [سورة غافر] ayat 6 pada lafaz [أَصْحَابُ النَّارِ]:


وَكَذَلِكَ حَقَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ عَلَى الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّهُمْ أَصْحَابُ النَّارِ / (٦) الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ (٧)


6. Surah al-Qadr [سورة القدر] ayat 4 pada lafaz [مِنْ كُلِّ أَمْرٍ]:


تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ / (٤) سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (٥)


7. Surah al-Nasr [سورة النصر] ayat 3 pada lafaz [فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ]:


فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ / إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا (٣)


Jadi kesemuanya 17 tempat. Selain disebut Wakaf Jibril, ia juga dikenali dengan nama Wakaf Sunnah dan Wakaf Nabi. Wakaf Sunnah dan Wakaf Nabi kerana Rasulullah SAW senantiasa wakaf pada tempat tersebut. Wakaf Jibril pula Nabi mengambil bacaan Quran dari Jibril a.s.


Akan tetapi wakaf ini tiadalah disebut dalam kitab ulum quran, tafsir, hadith dan athar. Tiada yang menyebutnya sebagai sahih (kerana terdapat khilaf tempat) atau mendaifkannya (kerana ia datang rantaian sanad bacaan Quran). Wakaf ini hanya disandarkan ilmu mulut ke mulut dari kerana itulah tradisi salaf mempelajari bacaan Quran. Kerana itulah pentingnya belajar Quran berguru kerana rantaian sanadnya sampai kepada Rasulullah SAW.

Wednesday, January 12, 2011

MTQ Peringkat Zone 1 ,2 Dan Peringkat Bahagian Sibu

Assalamualaikum WBT ,

Pertama2 Sekali penulis bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana limpah dan kurnianya kita masih boleh bernafas di bumi milik NYA ini....Amin

Pada Tahun Ini Perujian Tilawah Al-Quran Atau ( MTQ ) Peringkat Zon dan peringkat Bahagian akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Zon 1

Anjuran:Masjid Al-Muhajirin Dgn kerjasama PIBG dan SK. Sentosa,Salem Sibu
Tempat :Perkarangan SK. Sentosa, Salem , Sibu
Tarikh: 26 Hingga 27 Januari 2011 Bersamaan Dengan 20-21 Safar 1432 Hijrah

Zon 2
Anjuran: AJK Surau Darul Firdaus, Apollo Sibu
Tempat: Surau Darul Firdaus, Apollo, Sibu
Tarikh : 29 - 30 Januari 2011 Bersamaan Dengan 23-24 Safar 1432 Hijrah

Peringkat Bahagian
Tempat: Masjid Ar-Rahman Kanowit
Tarikh :3-4 Februari 2011 bersamaan dengan 28-29 Safar 1432 Hijrah



Di Harap Saudara saudaraku sekalian dapat mempersembahkan bacaan Al-Quran dengan bacaan yang terbaik....dan semoga kita dapat memertabatkan Al-Quran di hati umat Islam seluruhnya... AMIN

Thursday, January 6, 2011

Al-Quran Pedoman Akhir Zaman



Abu Abdullah(Petikan DarI Utusan Sarawak 7-01-2011)

KITAB AL-QURAN adalah kitab yang terakhir diturunkan oleh ALLAH SWT,serta ALLAH mengutamakannya dengan beberapa ciri yang membezakanya dari kitab-kitab sebelumnya. Ini bukan dakwaan kosong semata, kerana sehingga kini tiada keraguan yang ada dalamnya. AL-QURAN mengandungi intisari ajaran daripada ALLAH.Ia membenarkan ajaran yang termaktub di dalam kitab- kitab terdahulu, dari segi mentauhidkan Allah, kewajiban beribadat dan taat kepada ALLAH.AL-QURAN menghimpunkan segala jenis kebaikan dan menyatakan amalan yang utama yang terkandung dalam kitab-kitab sebelumnya.AL-QURAN juga berperanan sebagai penjaga dan penyaksi pada kebenaran isi kandungan yang termuat di dalam kitab-kitab sebelumnya, serta menerangkan pentelewengan dan pengubahan yang berlaku didalamnya. AL-QURAN diturunkan kepada manusia seluruhnya. Ia bukan untuk suatu kaum yang tertentu sebagaimana sifat kitab-kitab yang terdahulu walaupun ia dalam bahasa ARAB. Kitab-kitab yang diturunkan sebelum AL-QURAN, tiap-tiap satunya ditujukan kepada suatu kaum atau umat yang tertentu sahaja dan bukan untuk seluruh umat manusia.Dasarnya memang satu, tetapi syariat dan hukum-hukum yang terpakai adalah tertentu kepada sesuatu zaman dan kepada satu kaum sahaja. Ini berbeza dengab AL-QURAN, dan hakikat ini dijelaskan sendiri di dalam kitab-kitab tersebut. bahkan ,relevennya AL-QIRAN sepanjang zaman adalah hujah yang nyata tentang perkara ini:

48. dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya.(Surah Al Maidah Ayat 48)

AL-QURAN menyajikan peraturan hidup yang menyeluruh.IaMengandungi seluruh perkara yang sepatutnya dikalukan oleh manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Semua peraturan yang ada sewajarnya ditukar dan di ganti dengan apa yang ada dalam Al-Quran,Ini amat sesuai kerana Al-Quran adalahdaripada Allah dan ia adalah Kitab Allah yang di jamin terpelihara.Disamping di hafal oleh sejumlah besar manusia semenjak hari ia diturunkan oleh Allah, Naskah tulisannya tersimpan dendan utuh, tidak seperti kitab-kitab lain.

9. Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.-(Al Hijr ayat 9)

41. Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa Yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, Demi Sesungguhnya sebuah Kitab suci Yang tidak dapat ditandingi,

42. Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.(Fushshillat ayat 41-42)

Tidak ada nas yang menyatakan jaminan kitab-kitab dahulu dijaga sepanjang masa sebagaimana jaminan penjagaan yang d iberikan kepada Al-Quran.Bahkan Al-Quran Membongkar kenyataan bahawa akan ada perubahan dan penukaran yang berlaku di dalam kitab-kitab terdahulu.Bertepatan dengan kenyataan ini, walaupun sudah banyak tulisan kononnya benar kitab-kitab yang telah diubah iti ,status 'pengubahan dan penukaran' yang di lakukan masih belum ternafi lagi, Malah , semakin Ramai pihak yang mendalami kitab- kitab tersebut yang membenarkan kenyataan Al-Quran. tidak ada mana-mana pihak dalam islam yang berkepentingan apa-apa tentang hakikat ini.Hanya Al-Quran mahu menbersihkan kedudukan kitab-kitab terdahulu yang ternyata suci, namun telah tercemar oleh tangan-tangan manusia yang durjana.

Sejarah juga membenarkan kenyataan Al-Quran diatas.Penulisan dan penjagaan kitab-kitab sebelum Al-Quran tidak Di lakukan dengan Wajar. ini amat berlainan denganAl-Quran Yang RASULULLAH SAW sendiri melantik painitia penulis wahyu, disamping generasi orang yang beriman komited untuk menghafalnya. Bahkan Hampir seluruh negara yang ditakbir oleh orang islam mempunyai jawatankuasa khas untuk memastikan kesahihan Al-Quran ini.

75. (Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan Bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam Yang kamu sampaikan itu, padahal Sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka Yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?(Surah Al Baqarah Ayat 75)

46. di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata Dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu Yang buruk", serta (Mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka Yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah Yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. akan tetapi Allah melaknat mereka Dengan sebab kekufuran mereka. oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).(Surah An-Nisaa' Ayat 46)

14. dan di antara orang-orang Yang berkata:" Bahawa Kami ini orang-orang Nasrani", Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa Yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka Dengan apa Yang telah mereka kerjakan.

15. Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (Surah Al- Maidah Ayat 14-15)

Pengubahan dan penukaran dalam mana-mana kitab Allah adalah besar dosa dan akibatnya kepada manusia.Di samping ia adalah pendustaan atas nama Allah,ia akan menyesatkan manusia daripada jalan yang benar. Keterangan tentang hakikat Tuhan,Kerasulan,Alam Ghaib, Bentuk Ibadat dan Sebagainya, perlu di sandarkan pada kenyataan wahyu yang ada dalam kitab-kitab Allah itu.Usahkan bentuk Ayat dan isi kandungan yang di tukar ganti,sekadar makna dan maksud kitab-kitab tersebut di salah tafsirkan pun sudah cukup untuk menjauhkan manusia daripada petunjuk yag sebenarnya.

Maklumat Utama Yang diperbetulkan oleh Al-Quran ialah tentang hakikat kewujudan Allah dan Ke-Esaan-Nya.

30. dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka Dengan mulut mereka sendiri, (Iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

31. mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan.(Surah At-Taubah Ayat 30-31)

Al-QuranBukan sekadar membongkar segala bentuk penyelewengan yang ada bahkan memperbetulkannya.Kalau kitab-kitab terdahulu diperbetulkan penyelewengannya, maka sudah tentu fahaman dan pegangan manusia yang menyimpang juga mendapat pembetulan Al-Quran.

INILAH KEUNIKAN AL-QURAN DAN BUKTI KEUNGGULANNYA SEBAGAI KITAB WAHYU YANG TERAKHIRUNTUK MANUSIA.


AMIN