LOGO

LOGO

Sunday, February 27, 2011

KURSUS TAHSIN AL-QURAN ANJURAN PQBS

Assalamualaikum...

Bersua kembali dalam ruangan ini....moga saudaraku sekalian sentiasa di lindungi serta dirahmati oleh ALLAH SWT

Para2 pembaca sekalian:
Pihak AJK Persatuan Qurra' Bahagian Sibu telah mengadakan Mesyuarat pada Pagi Tadi yang di adakan di Surau Darul Firdaus Apollo, Sibu, yang di pengerusikan oleh Tuan Guru Nasil Bin Musel,telah memperbincangkan tentang perancangan untuk mengadakan Kursus tahsin Al-Quran untuk peserta2 yang berada di sekitar Sibu, Penetapan ,tarikh, masa dan tempat telah di persetujui serta penceramah telah di tetapkan...

Nama Kursu : Kursus Tahsin Al- Quran
Tempat : Hotel Zuhra, Sibu
Tarikh : 29-3-11 Hingga 1-4-2011
Penceramah : Ustaz Yahaya Bin Daud(Pengarah Yayasan Islam, Kelantan)
Ustaz San'ani Bin Fauzi (Bahagian Tajwid, Majlis Islam Sarawak)
Yuran Pendaftaran : Rm 30.00 untuk seorang peserta

untuk keterangan lanjut tentang kursus terbabit sila hubungi :
1. En Ramzee Bin Ibrahim-----0198383894
2. En Pathi Hj Terang----------0198868259
3. En Jamil bin Akim-----------0198740018

Sekian Untuk Kali Ini assalamualaikum

Wednesday, February 23, 2011

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sibu

Johan Qari: En. Rosli Bin Kadi
Juara Bahagian Qariah: Puan Masjuwita Bt. Rajeni
Astaka MTQ Bahagian Sibu, Kanowit(Dewan Suara

Majlis Tilawah Al-Quran Bahagian Sibu Telah Melabuhkan dan telah selamat ditangguhkan oleh Yang berhormat Datuk Daud sulaiman Pada malam 19-2-2011.....Keputusan Tilawah tersebut adalah seperti berikut:

Bahagian Qari:
1. En. Rosli Bin Kadi
2. Mohd Zain Bin Hasbullah
3. Hasnizan Bin Hasbullah

Bahagian Qariah:
1.Puan Masjuwita Binti Rajeni
2. Puan Shanifah Binti Bohan
3 Cik Nazirah Binti Hasbullah

Semoga Segala Usaha Anda mendapat rahmat dan hidayah dari ALLAH SWT.....
diharap teruskan usaha anda untuk meneruskan dan mempertingkatkan mutu bacaan untuk bahagian sibu dan seterusnya dapat mewakili bahagian sibu keperingkat yang lebih tinggi....Amin.....

PQBS

Friday, February 18, 2011

ASSAMUALAIKUM

SALAM SEJAHTERA PADA SEKALIAN SAUDARAKU

MTQ PERINGKAT BAHAGIAN SIBU

Selamat Datang pada tetamu yang telah menghadirkan diri untuk menyaksikan MTQ Peringkat Bahagian Sibu yg telah dan sedang berlangsung di DEWAN SUARAH ,KANOWIT, Malam tadi seramai 9 peserta telah memperdengarkan bacaan masing iaitu seramai 5 peserta Qari dan 4 Peserta Qariah
Malam ini seramai 3 lagi peserta akan memperdengarkan bacaan masing iaitu seorang peserta Qari dan 2 peserta Qariah... dan seterusnya ulasan oleh ketua hakim dan seretusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang.....datangla beramai kita meriahkan majlis ini...yang diadakan setahun sekali dan berikan lah sokongan anda dengan datang beramai ke majlis ini....Amin

PQBS

Thursday, February 3, 2011

Seni Lagu Al-Quran


Rasa seni adalah salah satu bahagian daripada rasa yang lahir dari jiwa atau rohani manusia. Manusia dapat menciptakan sesuatu kerana kemahuan, dan kemahuan itu timbul kerana adanya daya paduan antara rasa rohaniah manusia itu dengan akal fikiran, sebagaimana yang dinukilkan oleh ilmu jiwa:
"Ilmu jiwa membahagi rasa dalam dua bahagian,
iaitu rasa indera dan rasa rohani, rasa rohani itu terbahagi dalam rasa agama, etika, esterika, intelek, sosial dan rasa diri sendiri."
Dalam pembahagian diatas, kita dapati bahawa ilmu jiwa meninjau jenis2 yang ada pada jiwa manusia dari jurusan rasa, iaitu rasa inderawiah dan rasa rohaniah. Pendapat diatas menunjukkan bahawa jiwa manusia dihiasi dengan unsur seni, kerana didalam jiwa itu terdapat sifat2 atau rasa senang dan terharu terhadap sesuatu yang indah. Hal ini sudah menjadi naluri (gharizah) yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala kepada manusia. Allah s.w.t. menjelaskan hakikat ini melalui firmanNya sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran, surah Ali Imran, ayat 14, yang bermaksud;
"Dihiasi manusia itu dengan cintakan syahwat daripada perempuan, anak2, harta yang banyak dari emas dan perak, kuda2 tunggangan, haiwan2 ternak dan kebun2 yang luas. Yang demikian itu adalah kesenangan didunia dan Allah adalah sebaik-baik tempat kembali."
Segala keindahan itu dapat dirasakan oleh jiwa manusia dan keindahan itu adalah manifestasi dari adanya rasa seni bersemayam dijiwa manusia. Menonjol atau tidaknya rasa seni itu bergantung kepada peribadi yang mengembangkannya kerana benih2nya sudah ada dalam jiwa setiap insan.
Adapun pengertian seni menurut Herbert Spencer ialah:
"Kesenian secara mudah dan biasa didefinisikan sebagai usaha untuk menciptakan bentuk2 yang menyenangkan."
Berdasarkan pendapat2 diatas, dapat diambil suatu kesimpulan, bahawa seni atau kesenian itu adalah segala ciptaan manusia yang lahir dari getaran jiwanya yang dapat mewujudkan sesuatu yang indah dan luhur.
Dalam bahasa Arab, lagu itu dikenali dengan istilah Taranum atau al-Han dan al-Ghina. Membaca al-Quran secara berlagu adalah digalakkan dalam Islam. Banyak hadith yang menggesa umat Islam, agar membaca al-Quran dengan berlagu, antaranya ialah:
1) Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud,
"Allah tidak mengizinkan terhadap sesuatu sebagaimana yang diizinkanNya
kepada Nabi s.a.w. agar berlagu didalam membaca al-Quran."
2) Sa'ad Bin Abi Waqas meriwayatkan, bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud,
"Barangsiapa yang tidak berlagu ketika membaca al-Quran, bukanlah dari
golongan kami."
3) Ibn Bathal menceritakan, bahawa galakan membaca al-Quran secara berlagu
itu disokong oleh hadith rasullullah s.a.q. yang diriwayatkan oleh Abdul Alla
dari Muammar dari Ibn Syihab, yang bermaksud,
"Sesuatu yang diizinkan kepada Nabi .a.w. ialah berlagu ketika membaca
al-Quran."
4) Abd al-Razzaq meriwayatkan dari Muammar, bahawa Rasullullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud,
"Sesuatu yang diizinkan kepada nabi s.a.w. ialah memperindahkan suara
(ketika membaca al-Quran)."
5) Imam Muslim meriwayatkan dari Muhammad bin Ibrahim al Taimi dari Abi
Salamah dari abu Daud dan Thahawi berdasarkan riwayat 'Amr ibn Dinar dan
Abi Salamah dari Ahu Hurairah, mengatakan bahawa rasullullah s.a.w.
bersabda yang bermaksu,
"Perindahkanlah lagu-lagu itu dengan al-Quran."
6) Ibn Syaibah meriwayatkan dari hadith 'Uqbah bin 'Amr, bahawa Nabi s.a.w.
bersabda yang bermaksud,
"Pelajarilah al-Quran dan berlagulah membacanya serta nyaringkan suara."
Imam al Thabari menjelaskan bahawa taranum atau lagu itu tidak berlaku kecuali dengan suara yang membolehkan qari memperelok dan mengalunkan suaranya ketika membaca al-Quran.
Manakala Imam Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalam menerangkan dalam kitabnya "Fadhail al-Quran", bahawa membaca al-Quran secara berlagu sesuai dengan kehendak jiwa dan selaras dengan bentuk ragam ayat al-Quran itu sendiri.
(Tulisan dipetik dari buku Seni Lagu Al-Quran diMalaysia yang ditulis oleh Md Ali Abu Bakar

Wednesday, February 2, 2011

Keputusan Tilawah Di Surau Darul Firdaus, Apollo,Sibu


Assalamualaikum......Wbt..

Pertama sekali penulis bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnianya kita dpt meneruskan program kita selanjutnya.....

Setelah Zone Kanowit, Dan Zon 1 Selesai mengadakan Program Tilawah(MTQ) maka Tiba masanya Surau Darul Firdaus diberi mandat unruk menganjurkan program tersebut,selama dua malam berturut-turut dan telah menyediakan prasarana / tempat yang begitu indah dan tersusun.Tahniah dan syabas penulis ucapkan, bagi pihak Persatuan Qurra Bahagian Sibu .
Setelah Kesemua 20 peserta Qari dan Qariah memperdengarkan bacaan masing-masing dan telah dinilai oleh para hakim yang bijaksana...maka keputusan untuk MTQ Peringkat Zon 2 Di Surau Darul Firdaus,Apollo Adalah seperti berikut:

Bahagian Qari
1. En.Muhammad Zain Bin Hasbullah
2. En.Mohammad Rosli Bin Kadi
3. En.Abd Halim

Bahagian Qariah
1. Puan Shanifah Bt. Bohan
2. Saudari Sipah Bt Saleh
3. Saudari Rejah

Untuk makluman para pembaca sekalian MTQ Peringkat Bahagian akan di adakan di Dewan Suarah Kanowit pada 18-19/2/2011. Untuk Maklumat lanjut, para peserta terpilih akan dimaklumkan melalui Telefon oleh Jawatankuasa Tilawah Peringkat Bahagian, Sibu.

Sekian Wassalam
( Maaf Andainya tersalah mengeja nama Tuan Puan serta Saudari Seperti diatas)

Assalamualaikum..