LOGO

LOGO

Wednesday, February 2, 2011

Keputusan Tilawah Di Surau Darul Firdaus, Apollo,Sibu


Assalamualaikum......Wbt..

Pertama sekali penulis bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnianya kita dpt meneruskan program kita selanjutnya.....

Setelah Zone Kanowit, Dan Zon 1 Selesai mengadakan Program Tilawah(MTQ) maka Tiba masanya Surau Darul Firdaus diberi mandat unruk menganjurkan program tersebut,selama dua malam berturut-turut dan telah menyediakan prasarana / tempat yang begitu indah dan tersusun.Tahniah dan syabas penulis ucapkan, bagi pihak Persatuan Qurra Bahagian Sibu .
Setelah Kesemua 20 peserta Qari dan Qariah memperdengarkan bacaan masing-masing dan telah dinilai oleh para hakim yang bijaksana...maka keputusan untuk MTQ Peringkat Zon 2 Di Surau Darul Firdaus,Apollo Adalah seperti berikut:

Bahagian Qari
1. En.Muhammad Zain Bin Hasbullah
2. En.Mohammad Rosli Bin Kadi
3. En.Abd Halim

Bahagian Qariah
1. Puan Shanifah Bt. Bohan
2. Saudari Sipah Bt Saleh
3. Saudari Rejah

Untuk makluman para pembaca sekalian MTQ Peringkat Bahagian akan di adakan di Dewan Suarah Kanowit pada 18-19/2/2011. Untuk Maklumat lanjut, para peserta terpilih akan dimaklumkan melalui Telefon oleh Jawatankuasa Tilawah Peringkat Bahagian, Sibu.

Sekian Wassalam
( Maaf Andainya tersalah mengeja nama Tuan Puan serta Saudari Seperti diatas)

Assalamualaikum..



No comments:

Post a Comment